Tuesday, February 10, 2026

10 February 2026

 Hari ini hari Selasa. Anak anak sedang melakukan antara aktiviti harian  mereka -

ia itu  melukis. Selepas ini mereka akan bersarapan pagi.




Thursday, January 15, 2026

15 Januari 2026

 


Makluman ibu bapa,

Pada hari ini anak-anak telah menjalankan aktiviti belajar melukis bentuk asas seperti bulat, segi tiga dan segi empat. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kemahiran motor halus, fokus serta kreativiti anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memberi kerjasama yang sangat baik.



Wednesday, January 14, 2026

14 Januari 2026

 Selepas selesai aktiviti senaman, anak-anak telah menonton cerita para sahabat Nabi sebagai pengisian rohani serta penerapan nilai-nilai murni dalam diri mereka.



Minta maaf ibubapa..saya bagi anak2 cicah dgn gula..sbb kuah dal ni pedas...jika ibu bapa tidak benar kan boleh pm saya ya..




Dimaklumkan dengan hormat bahawa baju uniform anak-anak telah selesai diserahkan. Insya-Allah, mulai hari Isnin minggu hadapan anak-anak sudah boleh memakai baju uniform ke tadika. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama daripada pihak ibu bapa.”










Tuesday, January 13, 2026

Pengetahuan Al Quran

 

🌈 

PENGAMBILAN PELAJAR DIBUKA 🌈


KELAS AL-QURAN DAN HAFAZAN

πŸ’š Permulaan ke arah sahsiah al-Quran dan Islami πŸ’š

πŸ“ŒPembelajaran berperingkat dalam suasana selesa, mesra kanak-kanak dan berteraskan nilai Islam, bagi membentuk asas al-Quran dan sahsiah Islami.

πŸ“ŒKelas khas fokus kepada pembelajaran al-Quran sahaja, sesuai untuk yang ingin memperbaiki bacaan dan menguatkan asas al-Quran secara tersusun dan menghafaz keseluruhan juzu' 30.


πŸ“– Kandungan Pembelajaran:

✅ Pembelajaran al-Quran ( Bertajwid )

✅ Ruang kelas yang selesa & selamat

✅ Guru penyayang dan berpengalaman ( Guru Mempunyai Tauliah Mengajar Alquran dan Agama )


πŸ“– Fokus Pembelajaran:

✅ Bacaan al-Quran & tajwid

✅ Tahsin & pengukuhan asas

✅ Pembelajaran berperingkat mengikut kemampuan

✅ Bimbingan hafazan secara berperingkat (Juzu' 30)


πŸ•° Waktu Kelas:

πŸ—“ Sabtu 

⏰ 08.30 pagi – 10.30 pagi


🌟 KELAS INTENSIF AL-QURAN 🌟 (KANAK-KANAK dan REMAJA 5-17 tahun)

πŸ“Location: TADIKA AL ATIQ, JC 9226-G & 9226-1, JALAN BBP 1, BANDAR BOTANI PARKLAND, 77200 BEMBAN (sebelah NINSO)

πŸ“ž TEMPAT TERHAD 40 PELAJAR SAHAJA

Ibu bapa & individu yang berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi 0176847284 Ustazah Nurul.

πŸ’š Didik dengan kasih, bimbing dengan al-Quran  πŸ’š

13 Januari 2026

Alhamdulillah, pada hari ini anak-anak telah berjaya menghafal doa belajar. Seterusnya, anak-anak meneruskan aktiviti pembelajaran menulis bagi meningkatkan kemahiran motor halus, tumpuan dan disiplin dalam proses pembelajaran.



















Monday, January 12, 2026

Selangkah ke hadapan

Surah Yasin Budak Suara Merdulink kedua sini

<<<SELAMAT DATANG KE TADIKA  AL ATIQ>>>               

Lagu Tema Tadika

PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan landasan unggul yang mengukir masa depan gemilang, di mana setiap potensi kecil dijadikan permata cemerlang melalui pengalaman pembelajaran yang mempesonakan dan penuh inspirasi. Tujuan mengadakan tadika juga adalah untuk memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kebolehan membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki sekolah rendah.


VISI

Menjadikan pendidikan kanak-kanak di Tadika Al Atiq berfokus kepada pengembangan potensi menyeluruh kanak-kanak, termasuk aspek akademik, sosial, dan emosi. Ini dapat dicapai dengan mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan interaktif, di mana setiap kanak-kanak merasa dihargai dan termotivasi untuk belajar. Selain itu, ia juga menekankan nilai-nilai moral dan etika, serta persediaan untuk menghadapi cabaran masa depan.


MISI

Misi Tadika AlAtiq  adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong, di mana kanak-kanak dapat mengembangkan potensi penuh mereka melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan inovatif. Ini termasuk memupuk kemahiran sosial, emosional, dan akademik, serta menghargai kepelbagaian dan nilai-nilai murni.


Objektif Tadika Al Atiq merangkumi:

1. Pengembangan Kognitif: 

Membentuk dan meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah melalui aktiviti pembelajaran yang kreatif.


2. Kemahiran Sosial: 

Membantu kanak-kanak belajar berinteraksi dengan rakan sebaya, membina hubungan, dan mengembangkan empati.


3. Pengembangan Emosional: 

Mendorong pengenalan diri dan pengurusan emosi untuk membina keyakinan diri dan ketahanan.


4. Kemahiran Motor: 

Mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus melalui permainan dan aktiviti fizikal.


5. Nilai dan Etika: 

Menanamkan nilai murni seperti kerjasama, hormat, dan tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak.


6. Kreativiti dan Ekspresi Diri: Mendorong ekspresi diri melalui seni, muzik, dan aktiviti kreatif.


7. Persiapan untuk Pendidikan

Selanjutnya:

Menyediakan asas yang kukuh untuk pendidikan formal yang akan datang.


Objektif ini bertujuan untuk membentuk individu yang seimbang, berdaya saing, dan mampu beradaptasi dalam masyarakat.

free Hit Counter







Pertanyaan & Cadangan : Sila emel : tadika.alatiq@gmail.com

Creative Commons License
This work is licensed under Creative Commons Attribution 4.0 International License.

12 Januari 2026

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa yang dihormati.

Aktiviti pembelajaran anak-anak pada hari ini berjalan dengan baik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

• Pengenalan dan pembelajaran adab masuk tadika

• Pembelajaran adab makan

• Pembelajaran adab masuk tandas

• Hafazan doa makan

• Aktiviti mewarna bertemakan “Tadika Ku”

• Aktiviti mengenal sahabat-sahabat

Alhamdulillah, anak-anak memberi kerjasama yang sangat baik dan kelihatan seronok sepanjang aktiviti dijalankan. Terima kasih atas sokongan ibu bapa semua 🌸










Setelah selesai aktiviti mewarna, anak-anak diberikan masa untuk merehatkan minda dengan aktiviti bermain Roblox secara terkawal dan berperingkat.

Aktiviti ini bertujuan memberi ruang kepada anak-anak untuk berehat, bergembira dan meningkatkan fokus sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

 Alhamdulillah, anak-anak sangat teruja dan gembira 🌸






  • Let's brighten our children's future."


10 February 2026

 Hari ini hari Selasa. Anak anak sedang melakukan antara aktiviti harian  mereka - ia itu  melukis. Selepas ini mereka akan bersarapan pagi.